Sunday, 25 May 2025

Anniversary ke 12 kami (kortida)


Buat suamiku

Sayang, hari ini genap 12 tahun aku jadi pasangan hidupmu. Bukan tempoh yang sekejap—banyak yang kita dah lalui bersama. Suka duka, tawa tangis… semuanya menjadikan cinta kita makin kuat.


Perjalanan kita tak mudah, terutama dalam menanti zuriat yang belum hadir. Tapi dalam semua ujian tu, kau tetap ada. Tetap genggam tangan aku, tetap tenangkan hati aku, walau aku tahu kadang kau pun penat dan sedih sendiri.


Aku bersyukur, sebab Allah kurniakan aku kau—seorang yang sabar, setia dan penuh kasih. Walau kita masih menanti, aku yakin, Dia sedang siapkan sesuatu yang paling indah untuk kita. Dan kalau pun rezeki itu tak hadir di dunia, semoga kita dipertemukan dengannya di akhirat.



Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-12, cinta hatiku. Terima kasih sebab jadi tempatku berlindung dan mencintaiku tanpa jemu. Semoga kasih kita kekal selamanya… hingga ke Jannah. Aminn




Sunday, 7 July 2024

AKU PEJUANG GARIS 2 (TTC FIGHTER)

  



Memasuki separuh penggal kedua bagi tahun 2024.. betapa pantasnya masa berlalu... terasa sekejap sahaja. sedar-sedar rambut dah banyak yang putih, sedar-sedar tenaga dah kurang, sedar-sedar dah bermacam-macam ubat yang ditelan, sedar-sedar usia dah nak menginjak ke 40-an.. sedar-sedar dah bertukar pangkat jadi tok sedara.. Subhanallah... Allhamdulillah.. dengan bermacam-macam dugaan, ujian onak dan duri yang dilalui.. masih lagi diberi pinjaman kesihatan, kebahagian, harta dan umur oleh Yang Maha Esa.. Syukur.. Nikmat apa yang hendak didustakan? TIADA.. sentiasa berbaik sangka dengan perancangan Allah. Dia lah sebaik-baik perancang. Hidup masih berdua bersama teman baikku, musuh ketatku, guruku, imamku.. dialah suamiku. Mat Syukoq. 

Setiap orang ada ujian masing-masing.. begitu juga kami berdua suami isteri dalam melalui fasa-fasa  alam perkahwinan. 5 tahun pertama fasa PJJ (perkahwinan jarak jauh) dimana sorang di KL sorang di Penang. Redha berjauhan demi tanggungjawab dan tugas berkhidmat dalam perkhidmatan awam. sorang federal dan sorang state. Penat menahan rindu. bemesra bemanja.. 

5 tahun kedua fasa tinggal bersama-sama sebagai suami isteri. Allhamdulillah dapat tinggal di rumah sendiri. perasaan teruja bila cita-cita menjadi kenyataan. Deco rumah sendiri mengikut citarasa sendiri menjadi satu kepuasan biar la xsesempurna mana. fasa kedua fasa yang mencabar bagi sebuah rumah yang mempunyai 2 org ahli shaja. Rumah yang pada awalnya teruja kelihatan sunyi tanpa suara tangis ketawa anak. kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh mencetuskan pergaduhan. hati tengah panas. Dalam fikiranku semua perlu sempurna.  Sehinggakan aku terlupa, tiada yang sempurna di dunia ini.. Aku melalui liku-liku penantian saban hari. andai terlewat period mesti check, dengan harapan ada double line yang muncul. namun hampa. Betul la pepatah mengatakan bukan semua yang kita nak, kita boleh dapat.  

Setelah melepasi 10 tahun perkahwinan tanpa zuriat bukan benda yang mudah. Sejujurnya.. berapa baldi air mata yang mengalir, berapa banyak wang ringgit duit simpanan yang habis, berapa kali rawatan yang di buat. sakit, penat, tertekan tidak terkira sampaikan 1 tahap rasa nk give up. serius penat.. penat mental dan fizikal. Kadang penat menjawab persoalan orang, anak berapa dah.. Allah.. cuma boleh jwb "xda rezeki lagi.. tolong doakan yer.." Allhamdulillah selalunya akan dapat doa-doa dari insan-insan yang bertanya itu.. cuma ada satu ketika terima soalan yg sama dari seorg makcik dan jawapan aku pun sama juga.. lalu dibalasnya    "xkn ada dh ank tue....." Allahuakbar.. senyum tawar masa tue. bertapa remuknya hati ini hanya tuhan yang tahu. dimana silap aku?  

Aku cemburu tengok org ada anak-anak. Group whatsapps antara kawan-kawan pun bercerita hal pregnant dan melahirkan. ada yang 'ter' tanpa di rancang.. bertapa mudahnya mereka tuk dapat zuriat. Aku hanya mampu menjadi CCTV shj dalam group, tiada topik yang nak dibualkan.. bukan sombong atau tak nk berkawan, tapi hati ini sedih.. hati ini terkecil hati dengan nasib sendiri. xlayak nak berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kawan-kawan lain. Namun untuk left group rasa tak sampai hati kerana group whatsapps sahabat2 lama.. sahabat yang susah senang bersama dizaman bersekolah. Maka, demi menjaga hubungan persahabatan, aku telan semua sedih. aku tersenyum pada kebahagian org, tumpang happy dengan rezeki zuriat org. xper la..Aku hanya berpaksikan pada 1 kalimah yang membuatkan aku kuat dan sabar.. ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG.

Ya, Allah Sebaik-baik perancang.. Allhamdulillah menginjak ke usia 12 tahun perkahwinan jiwa makin tenang.. tiada anak bukan halangan tuk bahagia. Allah beri nikmat lain padaku.. Allah gantikan dengan rehat yang cukup, masa beribadah tanpa halangan, andai malas, xyah buat kerja.. malam tidor xperlu jaga anak demam, boleh cuti2 bila2 masa tanpa perlu tunggu cuti sekolah. jiwa lebih tenang, Allhamdulillah.. nikmat apa lagi yang nak didustakan.Namun doaku tidak pernah putus setiap kali solat.. doa zuriat.. moga ada rezeki kami suami isteri. InsyaAllah.. Cuma perlu BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH. 



Kepada semua perjuang garis 2, dan untuk diriku sendiri marilah kita teruskan usaha. yakin pada Allah. InsyaAllah ada jawapannya. 

Sunday, 12 January 2020

MUFFIN DURHAKA


Assalamualaikum semua, di sini nida nak share resepi ciptaan  sendiri yg nida bagi nama muffin durhaka. Sebab apa durhaka? Sebab memang xsama langsung dengan muffin kat pasaraya. Belasah je ni. hehehe



Bahan-bahannya :
 
5 keping roti gardenia🍞 wholemeal
2 biji telur 🥚
2 cawan susu fresh /air masak  🥛
Sayur brokoli 🥦
Lobak merah  🥕
Secubit garam pink 🧂
Secubit Lada Hitam 🧂
Isi ayam 🍗 /daging 🥩/sosej/udang 🦐 (ikut citarasa)
Cheese 🧀/ cili/ bawang (untuk hiasan)







Cara-caranya :
  1. Mula2 gunting roti bagi kecik2 n rendam dlm telur yg dah di pukul bersama dengan air/susufresh, masukkan garam pink n lada. Biar roti lembut dulu.
  2. Sagat carot n potong bagi halus. Sama jugak brokoli nida bagi halus2. N hakak goreng sekejap atas api bersama2 Isi ayam 🍗 /daging 🥩/sosej/udang 🦐
  3. Step last, acuan muffin tu, nida
    masukkan roti dulu bahagian bawah n kemudian masukkan sayur. Dan hiaslah dengan cheese or benda-benda yang hampa suka.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-20 minit or sampai masak.



Selamat Mencuba.. . Mmg kenyang sebijik pun. Nida makan pagi n tghari. Mkn ngan salad. Sdp. Boleh la.. eatclean yg xberapa clean 😝😝😝
Selamat mencuba. 😘😘😘
#sukuridas #eatclean
#misimengecil

Top of Form

Thursday, 18 July 2019

sayur pak choy goreng bawang putih

Assalamualaikum dan hai semua..

menu nida tuk hari ni simple sangat2. aper yg ada je. niat nk wat nugget ayam tp isi xda. so ayam nida panggang dengan paprika n mix herb. buh garam sikit n olive oil.

sayur pulak, bawang putih yg di cincang halus, bawang holand n garam pink.

so.. tadaaa siap resepi eat clean nida.
sayur fak choy goreng

bento nida..
 apa menu korg hari ni? jom la share... selamat mengecut...

Meatball GERD versi nida

Assalamualaikum dan hai semua..

Untuk hari ini nida nak share resepi meatball yang nida wat sendiri untuk en suami nida. En suami memang suka sgt western2 ni. tp bila dia xboleh mkn sebarangan jadi nida terpaksa menjadi kreatif tuk menghasilkan makanan2 yang dia boleh makan tanpa menggangu perut.

ni bento suami nida. maaf la xberapa cantik, en suami letak sendiri ni.. 

bahan2nya.

1/2 kg daging lembu tempatan (isi pejal tanpa lemak dan urat)
2 Biji telur ayam Selenium Organik ( telur ayam kg pun boleh)
1/2  Biji Bawang Holand (dipotong dadu dan di hiris nipis)
3 Ulas bawang putih (dipotong dadu dan di hiris nipis)
1/2 batang carrot
1/4 buah pear
Daun bawang
garam pink

bahan2 yang nida dh kisar pakai turbo chopper
cara-caranya ialah

Basuh dan selawat dulu daging lembu . Dan potong kecik2
Kisar daging sehingga lumat,
Masukkan telur. dan kisar lagi sehingga sebati.
kemudian masukkan bawang holand, carrot, bawang putih dan buah pear
kisar lagi tuk sebatikan rasa. kemudian masukkan caram pink
akhir sekali masukkan daun bawang yg telah di potong
bulat2kan meatball. nida pakai senduk bulat ngan sudu je tuk bentukkan
dan boleh la di rebus/bakar or kukus
nida bakar pakai pemanggang ajaib. xletak minyak.
nida xnk rebus sebab xnk hilangkan rasa manis daging. tp kalau nak cuba or nak wt sup, boleh je kot.
tapi.. adunan nida mmg agak lembut. maybe telur terlebih or daging terkurang. korg ejas2 la yer.

ok selamat mencuba.
nida guna pengisar ni. beli kat wowshop
halus sungguh kejadiannya.. 

lepas letak telur. dia jadi gebu cantik kan?


adunan yang dh siap nk bulat2kan je


rupa atas pemanggang. mcm2 bentuk ada hahaha

hidangan tuk suami nida. 





Tuesday, 16 July 2019

Salmon Grill versi nida

Assalamualaikum dan hai semua..

hari ni merupakan hari ke 4 nida dh wat eat clean. yang mana nida x amik minuman manis, kopi, milo, dan juga nida x amik nasi.

setakat 3 hari, berat nida dh turun 1kg. alhamdulillah..

n menu nida untuk hari ini adalah salmon grill

resepinya sangat mudah

1 keping ikan salmon, nida beli saiz dia besar jugak kira mkn pagi, tghari ptg yg ni je la.
black pepper
pink salt
olive oil.

lumurkan semua bahan2 di atas dan grill dengan pemanggang ajaib.

 sayur2 dia nida stimkan pak choy dan bunga kubis
sayur celery dan carrot nida grill ngan ikan salmon.

dan hasilnya bento nida untuk hari ini.. tadaaa

besar kan ikan ni? penuh satu bekas tupperware 
 Apa menu eat clean anda? boleh la kita share2. benda baik harus di kongsi.

bagi yang tanya aper tu garam pink, post nida pasal menu GERD ada pic garam tu. nida beli kt tesco ja. harga dia.. 4.99 jew. ok la kan. saper kata xmkn nasi hilang nikmat dunia? makanan ni lagi menikmati nikmat dunia. mahai kot. tul x?

saper yg dok provok tue abaikan je, kita eat clean tuk sihat. tul x?

so. gambate!! ciayok! tuk teammengecil. 

Resepi Ikan Siakap Versi GERD

Assalamualaikum dan hi semua..

ok, seperti mana yang nida telah janjikan dalam post sebelum ni, maka dengan ini nida memberanikan diri untuk share dengan warganet semua resepi ikan siakap stim tp yang ni berlainan sikit dengan resepi ikan siakap kt kedai2 mkn semua sebab ini untuk org GERD n rasanya kanak2 ekzema pun boleh mkn. kalau salah tue nida minta maaf yer..

ok. ni bahan2nya ;

1 ekor ikan siakap di potong 2
2 batang serai
3 ulas bawang putih
1/2 bijik bawang holand
2 inci halia
secubit garam pink
1 batang carrot
sayur fak choy
celery
daun bawang & daun sup - untuk hisan
buah pear  1/6 biji
buah apple hijau 1/6 biji

portition masakan ni untuk dua org makan.

nida mmg xguna sebarang perasa, gula, cuka or apa2. nida gantikan rasa manis dengan buah pear n masam dgn buah apple hijau.
ni garam yg nida guna


bawang n halia.
carot nida kisar pakai trubo chopper. 






carrot yg dah di haluskan (pengganti gula) dan bawang yg telah di tumbuk



sayur fak choy, rendam dulu dengan garam
carrot n celery.
cara2nya:


Bersihkan ikan siakap, & masukkan dalam loyang, serai di katuk n di potong, (nida sumbat serai dalam perut ikan. hehehe )

Kemudian tumbuk bawang putih, bawang holand n halia dan lumur pada ikan.
Carrot yg di potong halus, lumur atas ikan. (saja je nk bagi manis n sdp)
Potong halus2 buah pear dan buah apple hijau, dan masukkan atas ikan.

Sebelum kukus, panaskan periuk pengukus.
masukkan loyang berisi ikan td..
bila ikan agak nk masak, baru masukkan garam pink dan masukkan sayur2.
(nida masuk sayur lmbt sebab xnk sayur lecur)

dah siap.. sedap sgt2. semua organik tanpa perasa. elok juga untuk org yang nk diet eat clean.

satu je prob, nida terlupaa nak amik pic kejadian ikan siakap stim.huhuhu nmpk sgt masak2 tue terus hidang n makan. kalau nk ckp sdp kalah kedai mmg xboleh la. tp seyes semua berasa.

 anyway.. Selamat mencuba.

Monday, 15 July 2019

UJIAN GERD.

Hai semua. Assalamualaikum.

Entry terbaru setelah bertahun2 nida diamkan dan x aktif mengarang. sebab rasa xda mood. n mcm2 lagi la. mayber faktor umor kot. hahaha. malas. actually tuk makluman, kami stil berdua. so nida macam dh ok kott.. dulu masa awal2 kawen memang la stress je bila tgk org ada ank. tp nida muhasabah diri balik. Allah ada perancangan yang terbaik tuk nida. n nida terima. siapa kita tuk menidakkan perancangan Allah kan? dan Alhamdulillah.. walaupun tanpa kehadiran zuriat, kami suami isteri masih utuh bersatu. gaduh2 tue biasa la. tipu la kalau x gaduh kan.. mmg kami x da rezeki anak, tp rezeki lain kami xpernah nafikan. syukur sgt2.. nida masih blh bermalas2, boleh shopping baju sendiri 4-5 pasang baju raya, blh g jln2 tnpa pikir soal lain. hahaha. aper lagi yg nak di dustakan.. syukurr sgt2.

pic sebelum en suami susut badan 
tapi, setiap pasangan mesti akn di uji. n ujian nida tuk kali ini, en suami nida kena GERD. Ramai yang xtau aper tu GERD kan? nida gtau kwn2 pun depa ckp gout. hehehe. nida malas nk explain panjang2 sebab ampa blh ja search sendiri. belambak. yang nida nak share cara penjagaan n diet org gerd. susah jugak rupanya. sebab bnyak pantang2. kebetulan kami ikut protokol DR Rizal. Redoxamin. ampa blh search. so mmg kena ikut btul la bnd aper blh n benda ape x boleh mkn.

time ni raya tahun lepas. nida eat clean. mmg kurus dari dia. 
Perkara pertama yang xboleh makan lgsg. mmg nida cut off terus dari menu en suami, air manis. segala milo, kopi, teh, susu, nescafe, holick.. aper lagi? air masam2 semua xboleh. mula tue en suami ikut, tp yer la kan, org biasa minum manis tup2 kena stop, memang teruk gak badan dia.. susut. dh macam diet Eat Clean nida wat. hehehe. nida tnya dia, nida kejam ke? nida tegas sgt bab2 benda dia blh mkn n x. dia ok. dia ckp dia nk sihat. tmbah2 skrg ni berat dia susut smpi 12 kg. jadi cewi plak kt nida. nida yg diet nk turun punya susah, dia kejap je. hehehe. insyaAllah dia kan sembuh. kalau btul2 dia ikut pantang. nida pun blh join sekaki. hahaha. nak kuruih gak... mana aci dia sorg ja kan. ampa2 tlg doakan kami na.. segala hal2 lain semua nida letak tepi. nida fokus bab penyembuhan Gerd en suami ja dulu.

Semoga kami kuat.insyaAllah.. aminn.. tolong doakan yer.

p/s: nanti nida share resepi2 Gerd n eat clean ok cuolls.. bubuy


pic terkini. dia demam nida paksa amik pic gak. pipi dak kecut..

Tuesday, 11 February 2014

i sensitip tau..

Assalamualaikum...
Nida lama sgt x buka blog nie.. macam xsempat2 nak menaip kat sini. padahal aktiviti ada jew.. so untuk 1st entry for this new year 2014.. (dh masuk bulan februari pun.. ) nida just nak kongsikan entry yang agak sensitip bagi kebanyakkan wanita.. nak tau aper kah ianya? berat badan naik. uwaaaa!!!!

Kenapa yer jadi mcm tue.. tapi kes nida ni pulak, en suami terlalu 'positif'.. nak tau aper yang watkan nida ckp mcm tue? ha.. ce bc dialong nida ngan en suami ni.. 


Nida:             abg, ayg dh gemuk la..
En. Suami :    xda la.. ayg mana gemuk.
Nida:             tapi semua org cakap ayg gemuk.. abg sorang ja cakap ayang x gemuk..
En.Suami:      hbs tue ayg nak dengar cakap sape? Cakap abg ke org lain?
Nida:             mesti la ayg ikut cakap majority.. abg dh jadi minority..

En suami diam seketika.. lepas tue jawab,

En.Suami :     sekarang nie sape suami ayg? Abg kan? So dengar cakap abg. Abg ckp xgemuk x la.. ayg dh ok..
Nida:             ????....ermm.. yer la.. (sob,sob,sob)

so nida nk wat cam ner? en suamiku ni... sabor jew la.. 

Wednesday, 30 October 2013

Ujian Kesetian n Kesabaran selepas kawen

Salam semua.. nida rasa lama sgt2 xupdate blog nie. bukan xda idea. idea memang banyak tapi kekangan masa.. maafkan sayer.. sekarang nie mood tuk menaip memang berada pada paras 1% jew kwot..

Hidup nie memang tidak pernah lekang dengan ujian kan? setuju x aper yang nida ckp? dan bagi nida dan en suami, kami juga tak terlepas dari di uji.. Ujian yang nida agak memang satu ujian tuk menilai n melihat sejauh mana kesetiaan seorang isteri..

Ujian kesetiaan seorang isteri adalah bila si suami tidak sihat, maksud nida sakit n perlukan perhatian kita sebagai isteri. saper la yang dpat menduga baru beberapa bulan berkahwin org ckp masa berseronok xhabis lg dh ada ujian yang terpaksa di harungi.. semua tue kan rahsia Allah.. hanya Dia yang lebih mengetahui..

Pada tanggal 24 oktober 2013, en suami nida dimasukkan ke wad kerana ada masalah pada mata kirinya.. 2 minggu sebelum tue pun dia ada mengadu mata dia sakit. nida dh suruh dh dia g check, tapi dia degil.. nida ngan en suami dh la PJJ.. jadi memang susah la kita sebagai isteri PJJ ni nak ada sentiasa di sisi suami. tp bila nida dpt tau dia kena tahan wad Hospital Bukit Mertajam, rasa mcm masa tue gak nak lari balik kg. kalau ada power boleh sekelip mata jew meresap, dh lama nida guna.. (mula la pk pelik2 klu dlm situasi mcm tue..)

Doktor check mcm2 dh, darah tinggi xda, kencing manis xda, katarak memang xda la.. muda lg.. semua -ve.. lastly doktor bagi makan ubat n nak tgk mcm ner.. mata kiri en suami xdpt melihat.

Kita tgk dia xmcm org sakit pun tapi dia xdpt nk tgk kita.. en suami ckp dia nmpk bahagian atas n bwh jew sikit. tengah2 x nmpk cahaya.. Ya Allah.. sebak n sedih nida tgk. lagi sedih bila time nk mkn, dia nk amik lauk, fokus dia tersasar sikit.. yer la fokus sasaran x tepat sebab guna sebelah mata shj..

Sekarang ni en suami dapat MC selama 1 minggu. doktor suruh dia rehat di rumah. n 4hb nov nanti akan ada appointment doktor tuk tgk improvment mata en suami setakat mana. n kalau masih xada aper2 perubahan doktor nak wat CT scan.. sekarang nie doktor pun xdpt nk pastikan punca masalah ini. doktor kata keradangan pada saraf.

Nida juga x lupa memberikan en suami minum air zam-zam n minum madu. harap2 dia rasa lega sedikit. Kami semua sedang berikhtiar tuk kesihatan en suami dengan membuat rawatan kampung.. nida berpegang pada prinsip doa tanpa usaha, sia2.. kita kena usaha. biar la teruk sikit janji kita berusaha. nida memang xkan putus asa untuk kesembuhan en suami.

En suami bnyk kali minta maaf pada nida, sebab dia rasa dia nyusahkan nida.. Nida ckp kat dia nida nk kumpul pahala kering banyak2.. bukan senang nak dapat.. dh la nida PJJ.. nida xkisah pun semua tue.. setiap aper yang berlaku ada hikmahnya.. kita tak tahu perancangan Allah.. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan Manusia..




p/s : tolong doakan kami berdua yer..

Thursday, 29 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

sori la, agak menyepikan diri dua tiga hari nie. bukan aper, macam2 perkara yang berlaku dan ada jugak perkara yang perlu di selesaikan.
ok. stop! now we talk about this entry.. terawal sehari dari tarikh yang sepatutnya.. xpew la kan.. sok kira lain.. 31st august kita akan sambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 56.. Malaysia negaraku tercinta..

so mengambil dari sebab tue la entry aku pun tajuknyer merdeka... sok program aku still alone.. (xda en suami di sisi..) di ulangi.. xda ok... huhuhuhu sedey,,
So, sok aku akan ke Pahang. rumah housemate aku... kononnyer membawa diri la.. (buweeekkk).. xda la.. saja jew la nak jalan2.. tapi tue pun setelah dapat green light en suami k... suami di utamakan. mis him a lot.. tapi apakan dayaku.. En suami terlibat dengan perarakan sambutan kemerdekaan la pulak.. so esok dia akan berarak..

hari nie, jumaat. seperti minggu2 sebelumnya.. soalan yang sinonim dengan aku.. xbalik kg kew minggu nie.. (Uwaaaaa.. saper xnak balik kan.. tp aper ley wat..) kalau ikut hati aku yang cekal xberapa nak cekal nie.. aku redah jew balik kg.. tp bila igtkan pesan en suami.. terus tak jadi... dia ckp " xpew, xpayah la balik lagi.. nanti abg xboleh teman balik KL coz cuti xbanyak, abg xsuka la biar ayg balik KL sorang2" hadoi.. suka wat mcm tue.. suka 'manjakan sangat' diri aku nie. lama2 t lagi aku jadi mengada2 plak.. semua nak kena berteman.. mcm mana nak merdeka.. betul x?  erm.. tapi bila di fikirkan secara halusss... sebenarnyer dia xsukakan keadaan bila aku 'tinggalkan' dia di kg.. n dia lebih suka kalau dia datang kepada aku. erm... sian en suami aku.. xpew la syg.. anggap la nie dugaan kita..

Setiap perkara tue ada hikmah dia.. salah satuny yang memang aku nmpk, kami jarang bergaduh.. yer la nak bergaduh pun rasa rugi sangat2. dh la jarang nk jumpa.. klu jumpa jew gaduh.. best kew? xbest la kan...
so sebagai pengubat rindu kami yang PJJ nie.. setiap aktiviti yang kami lakukan mesti picny akan di sent.. agar dapat berkongsi bersama saat itu.. Alhamdulillah setakat ini kami berdua masih bercinta.. n masih berdua.. so kira honeymoon time lg la.. n i think we also can call it Merdeka.. right? hehehe xper la menghargai setiap aper yang Allah kurniakan tue dh bagus kan.. dan sentiasa bersyukur... ckp pasal syukur terus teringat kat en suami..

aku memang sentiasa bersyukur sebab aku dapat sukur.. hehehe
bawah nie ada pic yang kami sama2 share.. aktiviti masing2.. bila x berdua.. (huhuhuhu sabar la wahai hati...)

wajah kesayangan hamba.. miss him so much
nak tunjuk nie member2 ofic settingkan..


jamuan raya kwot time nie.. lupa sudah.. hehehe

ermm.. nie pic BBQ en suami ngn member2nya.

pic aku ngan member2 ofic.. sambutan Merdeka raya



Dengan big bos.. terus en suami suh aku tny tuk minta tukar balik utara.. sabar yer en suamiku

Opss! saperkah? nie kawan UiTM aku.. sama masa lapor diri ri tue.. kebetulan kami pakai baju kaler sama.. (en suami dh tau k...)

nie muka kekeyangan.. penat...
nie En suami ngn rakan2nyer tgh latihan kawad tuk sok.. xpasal2 xley jumpa minggu nie.. huhuhu

ok.. setakat tue dulu entry yang entah aper2 nie.. layan jew la.. hujung minggu nie jangan ngigau smpai tido terpeluk housemate sudah.. wat malu jew..

Wednesday, 21 August 2013

Expect n Unexpected ~~~

Selamat pagi semua....

hari nie mud mcm tak berapa nak best... sebab tue entry kali nie tajuknyer pun mcm tue.. nak tau kenapa?
Memang menjadi lumrah setiap orang yang dah berkahwin tuk kena soklan cepuput nie... soklan standard la katakan.. "dah ada kew?" tue laaaa soklan yang selalu aku kena especially time raya hari tue..
n seperti biasa, setiap soklan mesti la ada jawapannyer kan... klu time xam dulu, kalau tak tau jawapan betulnyer aper pun, jawab jew.. hentam ajew la..betul idak?

so, dh soklan tue pun standard, aku pun bg jawapan standard la jgk... "kami jauh" kdg2 tue aku guna ayat2 islamic sikit.. "semua tue Rahsia Allah, hanya Allah jew yang mengetahui" hehehe..

Seriously aku stress! jujur tak aku? hehehe bukan aper.. yer la aku baru 2 bulan setengah kawen kwot.. biar la aku n en suami honeymoon puas2 dulu. dah la pas kawen ri tue xsempat nak g mana. ok la. aku pun xnak nak bebankan en suami aku. biar la dulu... Perancangan nk g honeymoon tue ada.. cuma destinasinya t aku akan ceritakan di entry lain.. (nie ayat pujuk diri sendiri sbnarnyer..)

Permata.. atau lebih di kenali jewel.. saper tak nak kan? Giler xnak permata... mesti la nak kan.. tambah2 la permata hati.. tapi nak wat mcm na kan.. walaupun aku nie kerja kat Perancangan Bandar dan Desa.. tapi x boleh nak tandingi Perancangan Allah.. so aper nak wat? berdoa dan terus berdoa dan tak lupa juga berusaha. andai telah tertulis.. hanya masa jew yang dapat menentukan segalanya..

Ri tue sebulan slpas kawen memang aku lewat 2 minggu x datang period. serious aku dah cuak dah... aku pregnant kew. kwn2 pun dok usik jew.. yer la x datang period lagi. n simptom2 yang berlaku kat diri aku memang mcm org pregnant.. (nie dari aku google tenet la..) n kawan2 pun excited ckp aku nie pregnant.. siap tolong aku belikan UPT. huhuhu

Aku banyak menafikan tekaan kawan2 walaupun dlm hati ada la jugak berharap.. tp tue la Kuasa Allah lebih besar.. hari ke 3 semua umat islam puasa.. pagi jumaat.. aku ingt lagi.. masa pg tue baru teringt nak g wat UPT tue la. pagi tue ofic wat bacaan Yassin. (memang rutin ofic aku setiap pagi jumaat akan ada bacaan yasin beramai2) masa baca yasin tue memang dh ada rasa lain mcm dh.. tapi xnak pk aper2.. n past habis baca yasin, g toilet n check2 ada darah.. dh mula la cuak.. darah aper nie? sebab sehari sebelum tue melawak a.k.a bergomoi ngan kwn sbb HP..hehehe xyah crita la.. tup2 hri jumaat tue ada darah.

Call mak gtau pasal lewat period n ada darah. mak cakap suh tunggu dulu tgk.. klu drh behenti tue mak suh g check doktor.. tp mkin ke tengah hari.. darah kuar lagi bnyk.. so? kaum2 pompuan semua mungkin dh boleh teka kan? i'm not pregnant.aku datang period la... hbs musnah harapan kwan2 aku.. n xsempt gak wat test UPT tue...

gtau kat en suami, pasal darah yg kuar sikit tue.. mula2 dia susah hati.. terus paksa aku suh jumpa doktor. tp aku gtau la aku ok, x rasa sakit n nak tgk smpi tgh hari mcm ner ada darah kew x.. so bila dh sahkan perkara nie.. dia kata x pew la... jaga kesihatan.. dia memang sedia maklum isteri dia nie klu dtg period memang xley gerak. cramp..bila gtau aku  xpregnant dia sgt tenang.. sebelum2 nie dia asyik ckp.. jaga diri.. jaga baby leklok.. (walaupun x confirm aper2) ermm.. maafkan saye en suami.. mungkin bukan rezeki kita lagi..

cute kan.. sumber inspirasi.. klu dpt anak kembar mcm en suamiku yg kembar

p/s : kepada kengkawan yang sentiasa usik2 tue. doakan la supaya usikan korang tue jadi kenyataan.. aku terima seadaanya.. tp jangan la plak dok syak aku pregnant sedangkan ianya x betul pun.. sebab t aku yang sedeyyyyyy... sob,sob,sob
kalau ada tips tue sila la berkongsi dengan aku yer kawan2..

Monday, 19 August 2013

Hari Bersejarah Dalam Hidupku...

setelah lama mendiamkan diri selepas bertukar gelaran nie.. hari nie baru aku terasa nak berkongsi koleksi gambar2 majlis pernikahan, perkahwinan di sebelah aku n en suami ku.

xda aper yang menarik pun cumanya aku bersyukur semuanya berjalan dengan jayanya dan jutaan terima kasih kepada yang banyak membantu dalam menjayakan majlis dan tidak lupa juga pada yang hadir ke majlis kami..

Doakan kami berdua yer...

Nie antara pic yang aku kutip dari kawan2 n sedara mara.. yg officially punya xdapat lagi dari photographer.. sabor jew la...

Majlis Akad Nikah.. (24 Mei 2013)




kami pasangan yang ke 6 di ijab qabulkan.. debarannyer.. hanya tuan badan jew tau..
bergambar bersama family sebelah en suami..

 hari kenduri sebelah aku Pengantin Perempuan tema (pink + gold + cream) (25 Mei 2013)



My BFF.. datang dari N9 n S.Alam.. Tq very much..
Member2 oficku.. terima kasih sudi datang dari KL..
 

pic kenduri sebelah en suami Majlis Bertandang(26hb Mei 2013)

pic x berapa banyak sebab xda photographer.. sian kat kami..



Sukri & Nani                       Sukur & Nida
 Terkejut x tengok? mcm photoshop kan? edit.. sebenarnyer memang dua pengantin sekali.. pengantin lelakinyer en suami n abg iparku.. kembar.. kembar seiras.. ramai yang cakap kat aku, jaga2 takut tertukar... hehehe

Insyaallah x tertukar punya..

Doakan Kami yer....









Anniversary ke 12 kami (kortida)

Buat suamiku Sayang, hari ini genap 12 tahun aku jadi pasangan hidupmu. Bukan tempoh yang sekejap—banyak yang kita dah lalui bersama. Suka d...