Sunday 7 July 2024

AKU PEJUANG GARIS 2 (TTC FIGHTER)

  



Memasuki separuh penggal kedua bagi tahun 2024.. betapa pantasnya masa berlalu... terasa sekejap sahaja. sedar-sedar rambut dah banyak yang putih, sedar-sedar tenaga dah kurang, sedar-sedar dah bermacam-macam ubat yang ditelan, sedar-sedar usia dah nak menginjak ke 40-an.. sedar-sedar dah bertukar pangkat jadi tok sedara.. Subhanallah... Allhamdulillah.. dengan bermacam-macam dugaan, ujian onak dan duri yang dilalui.. masih lagi diberi pinjaman kesihatan, kebahagian, harta dan umur oleh Yang Maha Esa.. Syukur.. Nikmat apa yang hendak didustakan? TIADA.. sentiasa berbaik sangka dengan perancangan Allah. Dia lah sebaik-baik perancang. Hidup masih berdua bersama teman baikku, musuh ketatku, guruku, imamku.. dialah suamiku. Mat Syukoq. 

Setiap orang ada ujian masing-masing.. begitu juga kami berdua suami isteri dalam melalui fasa-fasa  alam perkahwinan. 5 tahun pertama fasa PJJ (perkahwinan jarak jauh) dimana sorang di KL sorang di Penang. Redha berjauhan demi tanggungjawab dan tugas berkhidmat dalam perkhidmatan awam. sorang federal dan sorang state. Penat menahan rindu. bemesra bemanja.. 

5 tahun kedua fasa tinggal bersama-sama sebagai suami isteri. Allhamdulillah dapat tinggal di rumah sendiri. perasaan teruja bila cita-cita menjadi kenyataan. Deco rumah sendiri mengikut citarasa sendiri menjadi satu kepuasan biar la xsesempurna mana. fasa kedua fasa yang mencabar bagi sebuah rumah yang mempunyai 2 org ahli shaja. Rumah yang pada awalnya teruja kelihatan sunyi tanpa suara tangis ketawa anak. kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh mencetuskan pergaduhan. hati tengah panas. Dalam fikiranku semua perlu sempurna.  Sehinggakan aku terlupa, tiada yang sempurna di dunia ini.. Aku melalui liku-liku penantian saban hari. andai terlewat period mesti check, dengan harapan ada double line yang muncul. namun hampa. Betul la pepatah mengatakan bukan semua yang kita nak, kita boleh dapat.  

Setelah melepasi 10 tahun perkahwinan tanpa zuriat bukan benda yang mudah. Sejujurnya.. berapa baldi air mata yang mengalir, berapa banyak wang ringgit duit simpanan yang habis, berapa kali rawatan yang di buat. sakit, penat, tertekan tidak terkira sampaikan 1 tahap rasa nk give up. serius penat.. penat mental dan fizikal. Kadang penat menjawab persoalan orang, anak berapa dah.. Allah.. cuma boleh jwb "xda rezeki lagi.. tolong doakan yer.." Allhamdulillah selalunya akan dapat doa-doa dari insan-insan yang bertanya itu.. cuma ada satu ketika terima soalan yg sama dari seorg makcik dan jawapan aku pun sama juga.. lalu dibalasnya    "xkn ada dh ank tue....." Allahuakbar.. senyum tawar masa tue. bertapa remuknya hati ini hanya tuhan yang tahu. dimana silap aku?  

Aku cemburu tengok org ada anak-anak. Group whatsapps antara kawan-kawan pun bercerita hal pregnant dan melahirkan. ada yang 'ter' tanpa di rancang.. bertapa mudahnya mereka tuk dapat zuriat. Aku hanya mampu menjadi CCTV shj dalam group, tiada topik yang nak dibualkan.. bukan sombong atau tak nk berkawan, tapi hati ini sedih.. hati ini terkecil hati dengan nasib sendiri. xlayak nak berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kawan-kawan lain. Namun untuk left group rasa tak sampai hati kerana group whatsapps sahabat2 lama.. sahabat yang susah senang bersama dizaman bersekolah. Maka, demi menjaga hubungan persahabatan, aku telan semua sedih. aku tersenyum pada kebahagian org, tumpang happy dengan rezeki zuriat org. xper la..Aku hanya berpaksikan pada 1 kalimah yang membuatkan aku kuat dan sabar.. ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG.

Ya, Allah Sebaik-baik perancang.. Allhamdulillah menginjak ke usia 12 tahun perkahwinan jiwa makin tenang.. tiada anak bukan halangan tuk bahagia. Allah beri nikmat lain padaku.. Allah gantikan dengan rehat yang cukup, masa beribadah tanpa halangan, andai malas, xyah buat kerja.. malam tidor xperlu jaga anak demam, boleh cuti2 bila2 masa tanpa perlu tunggu cuti sekolah. jiwa lebih tenang, Allhamdulillah.. nikmat apa lagi yang nak didustakan.Namun doaku tidak pernah putus setiap kali solat.. doa zuriat.. moga ada rezeki kami suami isteri. InsyaAllah.. Cuma perlu BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH



Kepada semua perjuang garis 2, dan untuk diriku sendiri marilah kita teruskan usaha. yakin pada Allah. InsyaAllah ada jawapannya. 

No comments:

AKU PEJUANG GARIS 2 (TTC FIGHTER)

    Memasuki separuh penggal kedua bagi tahun 2024.. betapa pantasnya masa berlalu... terasa sekejap sahaja. sedar-sedar rambut dah banyak y...