Sunday 12 January 2020

MUFFIN DURHAKA


Assalamualaikum semua, di sini nida nak share resepi ciptaan  sendiri yg nida bagi nama muffin durhaka. Sebab apa durhaka? Sebab memang xsama langsung dengan muffin kat pasaraya. Belasah je ni. hehehe



Bahan-bahannya :
 
5 keping roti gardenia🍞 wholemeal
2 biji telur 🥚
2 cawan susu fresh /air masak  🥛
Sayur brokoli 🥦
Lobak merah  🥕
Secubit garam pink 🧂
Secubit Lada Hitam 🧂
Isi ayam 🍗 /daging 🥩/sosej/udang 🦐 (ikut citarasa)
Cheese 🧀/ cili/ bawang (untuk hiasan)







Cara-caranya :
  1. Mula2 gunting roti bagi kecik2 n rendam dlm telur yg dah di pukul bersama dengan air/susufresh, masukkan garam pink n lada. Biar roti lembut dulu.
  2. Sagat carot n potong bagi halus. Sama jugak brokoli nida bagi halus2. N hakak goreng sekejap atas api bersama2 Isi ayam 🍗 /daging 🥩/sosej/udang 🦐
  3. Step last, acuan muffin tu, nida
    masukkan roti dulu bahagian bawah n kemudian masukkan sayur. Dan hiaslah dengan cheese or benda-benda yang hampa suka.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-20 minit or sampai masak.



Selamat Mencuba.. . Mmg kenyang sebijik pun. Nida makan pagi n tghari. Mkn ngan salad. Sdp. Boleh la.. eatclean yg xberapa clean 😝😝😝
Selamat mencuba. 😘😘😘
#sukuridas #eatclean
#misimengecil

Top of Form

Thursday 18 July 2019

sayur pak choy goreng bawang putih

Assalamualaikum dan hai semua..

menu nida tuk hari ni simple sangat2. aper yg ada je. niat nk wat nugget ayam tp isi xda. so ayam nida panggang dengan paprika n mix herb. buh garam sikit n olive oil.

sayur pulak, bawang putih yg di cincang halus, bawang holand n garam pink.

so.. tadaaa siap resepi eat clean nida.
sayur fak choy goreng

bento nida..
 apa menu korg hari ni? jom la share... selamat mengecut...

Meatball GERD versi nida

Assalamualaikum dan hai semua..

Untuk hari ini nida nak share resepi meatball yang nida wat sendiri untuk en suami nida. En suami memang suka sgt western2 ni. tp bila dia xboleh mkn sebarangan jadi nida terpaksa menjadi kreatif tuk menghasilkan makanan2 yang dia boleh makan tanpa menggangu perut.

ni bento suami nida. maaf la xberapa cantik, en suami letak sendiri ni.. 

bahan2nya.

1/2 kg daging lembu tempatan (isi pejal tanpa lemak dan urat)
2 Biji telur ayam Selenium Organik ( telur ayam kg pun boleh)
1/2  Biji Bawang Holand (dipotong dadu dan di hiris nipis)
3 Ulas bawang putih (dipotong dadu dan di hiris nipis)
1/2 batang carrot
1/4 buah pear
Daun bawang
garam pink

bahan2 yang nida dh kisar pakai turbo chopper
cara-caranya ialah

Basuh dan selawat dulu daging lembu . Dan potong kecik2
Kisar daging sehingga lumat,
Masukkan telur. dan kisar lagi sehingga sebati.
kemudian masukkan bawang holand, carrot, bawang putih dan buah pear
kisar lagi tuk sebatikan rasa. kemudian masukkan caram pink
akhir sekali masukkan daun bawang yg telah di potong
bulat2kan meatball. nida pakai senduk bulat ngan sudu je tuk bentukkan
dan boleh la di rebus/bakar or kukus
nida bakar pakai pemanggang ajaib. xletak minyak.
nida xnk rebus sebab xnk hilangkan rasa manis daging. tp kalau nak cuba or nak wt sup, boleh je kot.
tapi.. adunan nida mmg agak lembut. maybe telur terlebih or daging terkurang. korg ejas2 la yer.

ok selamat mencuba.
nida guna pengisar ni. beli kat wowshop
halus sungguh kejadiannya.. 

lepas letak telur. dia jadi gebu cantik kan?


adunan yang dh siap nk bulat2kan je


rupa atas pemanggang. mcm2 bentuk ada hahaha

hidangan tuk suami nida. 





Tuesday 16 July 2019

Salmon Grill versi nida

Assalamualaikum dan hai semua..

hari ni merupakan hari ke 4 nida dh wat eat clean. yang mana nida x amik minuman manis, kopi, milo, dan juga nida x amik nasi.

setakat 3 hari, berat nida dh turun 1kg. alhamdulillah..

n menu nida untuk hari ini adalah salmon grill

resepinya sangat mudah

1 keping ikan salmon, nida beli saiz dia besar jugak kira mkn pagi, tghari ptg yg ni je la.
black pepper
pink salt
olive oil.

lumurkan semua bahan2 di atas dan grill dengan pemanggang ajaib.

 sayur2 dia nida stimkan pak choy dan bunga kubis
sayur celery dan carrot nida grill ngan ikan salmon.

dan hasilnya bento nida untuk hari ini.. tadaaa

besar kan ikan ni? penuh satu bekas tupperware 
 Apa menu eat clean anda? boleh la kita share2. benda baik harus di kongsi.

bagi yang tanya aper tu garam pink, post nida pasal menu GERD ada pic garam tu. nida beli kt tesco ja. harga dia.. 4.99 jew. ok la kan. saper kata xmkn nasi hilang nikmat dunia? makanan ni lagi menikmati nikmat dunia. mahai kot. tul x?

saper yg dok provok tue abaikan je, kita eat clean tuk sihat. tul x?

so. gambate!! ciayok! tuk teammengecil. 

Resepi Ikan Siakap Versi GERD

Assalamualaikum dan hi semua..

ok, seperti mana yang nida telah janjikan dalam post sebelum ni, maka dengan ini nida memberanikan diri untuk share dengan warganet semua resepi ikan siakap stim tp yang ni berlainan sikit dengan resepi ikan siakap kt kedai2 mkn semua sebab ini untuk org GERD n rasanya kanak2 ekzema pun boleh mkn. kalau salah tue nida minta maaf yer..

ok. ni bahan2nya ;

1 ekor ikan siakap di potong 2
2 batang serai
3 ulas bawang putih
1/2 bijik bawang holand
2 inci halia
secubit garam pink
1 batang carrot
sayur fak choy
celery
daun bawang & daun sup - untuk hisan
buah pear  1/6 biji
buah apple hijau 1/6 biji

portition masakan ni untuk dua org makan.

nida mmg xguna sebarang perasa, gula, cuka or apa2. nida gantikan rasa manis dengan buah pear n masam dgn buah apple hijau.
ni garam yg nida guna


bawang n halia.
carot nida kisar pakai trubo chopper. 






carrot yg dah di haluskan (pengganti gula) dan bawang yg telah di tumbuk



sayur fak choy, rendam dulu dengan garam
carrot n celery.
cara2nya:


Bersihkan ikan siakap, & masukkan dalam loyang, serai di katuk n di potong, (nida sumbat serai dalam perut ikan. hehehe )

Kemudian tumbuk bawang putih, bawang holand n halia dan lumur pada ikan.
Carrot yg di potong halus, lumur atas ikan. (saja je nk bagi manis n sdp)
Potong halus2 buah pear dan buah apple hijau, dan masukkan atas ikan.

Sebelum kukus, panaskan periuk pengukus.
masukkan loyang berisi ikan td..
bila ikan agak nk masak, baru masukkan garam pink dan masukkan sayur2.
(nida masuk sayur lmbt sebab xnk sayur lecur)

dah siap.. sedap sgt2. semua organik tanpa perasa. elok juga untuk org yang nk diet eat clean.

satu je prob, nida terlupaa nak amik pic kejadian ikan siakap stim.huhuhu nmpk sgt masak2 tue terus hidang n makan. kalau nk ckp sdp kalah kedai mmg xboleh la. tp seyes semua berasa.

 anyway.. Selamat mencuba.

Monday 15 July 2019

UJIAN GERD.

Hai semua. Assalamualaikum.

Entry terbaru setelah bertahun2 nida diamkan dan x aktif mengarang. sebab rasa xda mood. n mcm2 lagi la. mayber faktor umor kot. hahaha. malas. actually tuk makluman, kami stil berdua. so nida macam dh ok kott.. dulu masa awal2 kawen memang la stress je bila tgk org ada ank. tp nida muhasabah diri balik. Allah ada perancangan yang terbaik tuk nida. n nida terima. siapa kita tuk menidakkan perancangan Allah kan? dan Alhamdulillah.. walaupun tanpa kehadiran zuriat, kami suami isteri masih utuh bersatu. gaduh2 tue biasa la. tipu la kalau x gaduh kan.. mmg kami x da rezeki anak, tp rezeki lain kami xpernah nafikan. syukur sgt2.. nida masih blh bermalas2, boleh shopping baju sendiri 4-5 pasang baju raya, blh g jln2 tnpa pikir soal lain. hahaha. aper lagi yg nak di dustakan.. syukurr sgt2.

pic sebelum en suami susut badan 
tapi, setiap pasangan mesti akn di uji. n ujian nida tuk kali ini, en suami nida kena GERD. Ramai yang xtau aper tu GERD kan? nida gtau kwn2 pun depa ckp gout. hehehe. nida malas nk explain panjang2 sebab ampa blh ja search sendiri. belambak. yang nida nak share cara penjagaan n diet org gerd. susah jugak rupanya. sebab bnyak pantang2. kebetulan kami ikut protokol DR Rizal. Redoxamin. ampa blh search. so mmg kena ikut btul la bnd aper blh n benda ape x boleh mkn.

time ni raya tahun lepas. nida eat clean. mmg kurus dari dia. 
Perkara pertama yang xboleh makan lgsg. mmg nida cut off terus dari menu en suami, air manis. segala milo, kopi, teh, susu, nescafe, holick.. aper lagi? air masam2 semua xboleh. mula tue en suami ikut, tp yer la kan, org biasa minum manis tup2 kena stop, memang teruk gak badan dia.. susut. dh macam diet Eat Clean nida wat. hehehe. nida tnya dia, nida kejam ke? nida tegas sgt bab2 benda dia blh mkn n x. dia ok. dia ckp dia nk sihat. tmbah2 skrg ni berat dia susut smpi 12 kg. jadi cewi plak kt nida. nida yg diet nk turun punya susah, dia kejap je. hehehe. insyaAllah dia kan sembuh. kalau btul2 dia ikut pantang. nida pun blh join sekaki. hahaha. nak kuruih gak... mana aci dia sorg ja kan. ampa2 tlg doakan kami na.. segala hal2 lain semua nida letak tepi. nida fokus bab penyembuhan Gerd en suami ja dulu.

Semoga kami kuat.insyaAllah.. aminn.. tolong doakan yer.

p/s: nanti nida share resepi2 Gerd n eat clean ok cuolls.. bubuy


pic terkini. dia demam nida paksa amik pic gak. pipi dak kecut..

Tuesday 11 February 2014

i sensitip tau..

Assalamualaikum...
Nida lama sgt x buka blog nie.. macam xsempat2 nak menaip kat sini. padahal aktiviti ada jew.. so untuk 1st entry for this new year 2014.. (dh masuk bulan februari pun.. ) nida just nak kongsikan entry yang agak sensitip bagi kebanyakkan wanita.. nak tau aper kah ianya? berat badan naik. uwaaaa!!!!

Kenapa yer jadi mcm tue.. tapi kes nida ni pulak, en suami terlalu 'positif'.. nak tau aper yang watkan nida ckp mcm tue? ha.. ce bc dialong nida ngan en suami ni.. 


Nida:             abg, ayg dh gemuk la..
En. Suami :    xda la.. ayg mana gemuk.
Nida:             tapi semua org cakap ayg gemuk.. abg sorang ja cakap ayang x gemuk..
En.Suami:      hbs tue ayg nak dengar cakap sape? Cakap abg ke org lain?
Nida:             mesti la ayg ikut cakap majority.. abg dh jadi minority..

En suami diam seketika.. lepas tue jawab,

En.Suami :     sekarang nie sape suami ayg? Abg kan? So dengar cakap abg. Abg ckp xgemuk x la.. ayg dh ok..
Nida:             ????....ermm.. yer la.. (sob,sob,sob)

so nida nk wat cam ner? en suamiku ni... sabor jew la.. 

MUFFIN DURHAKA

Assalamualaikum semua, di sini nida nak share resepi ciptaan  sendiri yg nida bagi nama muffin durhaka. Sebab apa durhaka? Sebab memang x...