Powered by Blogger.
RSS

Ujian Kesetian n Kesabaran selepas kawen

Salam semua.. nida rasa lama sgt2 xupdate blog nie. bukan xda idea. idea memang banyak tapi kekangan masa.. maafkan sayer.. sekarang nie mood tuk menaip memang berada pada paras 1% jew kwot..

Hidup nie memang tidak pernah lekang dengan ujian kan? setuju x aper yang nida ckp? dan bagi nida dan en suami, kami juga tak terlepas dari di uji.. Ujian yang nida agak memang satu ujian tuk menilai n melihat sejauh mana kesetiaan seorang isteri..

Ujian kesetiaan seorang isteri adalah bila si suami tidak sihat, maksud nida sakit n perlukan perhatian kita sebagai isteri. saper la yang dpat menduga baru beberapa bulan berkahwin org ckp masa berseronok xhabis lg dh ada ujian yang terpaksa di harungi.. semua tue kan rahsia Allah.. hanya Dia yang lebih mengetahui..

Pada tanggal 24 oktober 2013, en suami nida dimasukkan ke wad kerana ada masalah pada mata kirinya.. 2 minggu sebelum tue pun dia ada mengadu mata dia sakit. nida dh suruh dh dia g check, tapi dia degil.. nida ngan en suami dh la PJJ.. jadi memang susah la kita sebagai isteri PJJ ni nak ada sentiasa di sisi suami. tp bila nida dpt tau dia kena tahan wad Hospital Bukit Mertajam, rasa mcm masa tue gak nak lari balik kg. kalau ada power boleh sekelip mata jew meresap, dh lama nida guna.. (mula la pk pelik2 klu dlm situasi mcm tue..)

Doktor check mcm2 dh, darah tinggi xda, kencing manis xda, katarak memang xda la.. muda lg.. semua -ve.. lastly doktor bagi makan ubat n nak tgk mcm ner.. mata kiri en suami xdpt melihat.

Kita tgk dia xmcm org sakit pun tapi dia xdpt nk tgk kita.. en suami ckp dia nmpk bahagian atas n bwh jew sikit. tengah2 x nmpk cahaya.. Ya Allah.. sebak n sedih nida tgk. lagi sedih bila time nk mkn, dia nk amik lauk, fokus dia tersasar sikit.. yer la fokus sasaran x tepat sebab guna sebelah mata shj..

Sekarang ni en suami dapat MC selama 1 minggu. doktor suruh dia rehat di rumah. n 4hb nov nanti akan ada appointment doktor tuk tgk improvment mata en suami setakat mana. n kalau masih xada aper2 perubahan doktor nak wat CT scan.. sekarang nie doktor pun xdpt nk pastikan punca masalah ini. doktor kata keradangan pada saraf.

Nida juga x lupa memberikan en suami minum air zam-zam n minum madu. harap2 dia rasa lega sedikit. Kami semua sedang berikhtiar tuk kesihatan en suami dengan membuat rawatan kampung.. nida berpegang pada prinsip doa tanpa usaha, sia2.. kita kena usaha. biar la teruk sikit janji kita berusaha. nida memang xkan putus asa untuk kesembuhan en suami.

En suami bnyk kali minta maaf pada nida, sebab dia rasa dia nyusahkan nida.. Nida ckp kat dia nida nk kumpul pahala kering banyak2.. bukan senang nak dapat.. dh la nida PJJ.. nida xkisah pun semua tue.. setiap aper yang berlaku ada hikmahnya.. kita tak tahu perancangan Allah.. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan Manusia..




p/s : tolong doakan kami berdua yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kawan,Sahabat dan Teman